MINGGU KERJAYA

Diadakan selama seminggu bermula 27 julai 2009.
Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah kerjaya, pameran kerjaya, pertandingan power point dan sebagainya.

SEKITAR KARNIVAL SUKAN RAKYAT-23 JULAI 2009

Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang karnival sukan rakyat yang berlangsung. Semua pelajar seronok mengikuti pelbagai permainan rakyat yang suatu ketika dulu sangat terkenal. Para pelajar berpeluang untuk mencuba pelbagai permainan yang menarik yang telah disediakan. Individu yang bertanggungjawab menjayakan program tersebut adalah En. Zainal dibantu oleh semua warga guru Smk St. Patrick.


pertandingan membuat layang2

pertandingan ugang

pertandingan tarik tali

lari dalam karung


bola sepak kelapa

sepak manggis

pertandingan melastik

pertandingan selipar tempurung

pertandingan naik tiang licin

pertandingan selipar gergasi




acara pukul bantal

Antara permainan lain yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah pertandingan congkak, batu seremban dan menaikkan layang2. Acara yang paling popular ialah pertandingan pukul bantal dan tarik tali. Hadiah kepada para pemenang disampaikan pada perhimpunan mingguan (28 julai 2009).next>>>minggu kerjaya.



KARNIVAL SUKAN RAKYAT

Pada khamis ini, bersamaan 23 julai 2009 akan diadakan karnival sukan rakyat. Sebanyak 14 jenis sukan rakyat yang akan dipertandingkan pada hari tersebut. Antara sukan yang akan dipertandingkan adalah membuat wau, congkak, ugang, naik tiang licin, bola sepak sabut kelapa dan banyak lagi. Wakil2 permainan akan dipilih dari unit kelab dan persatuan. Semua guru dan pelajar terlibat dalam karnival tersebut. Pada keesokannya (jumaat) SMKSPM akan mendapat cuti khas iaitu cuti peristiwa sempena karnival tersebut.

MAKLUMAN

laman blog smkspm.blogspot.com akan dikemaskini dari masa ke semasa.harap maklum..

UJIAN SETARA

Pada 14 julai 2009-17 julai 2009 SMK St. Patrick Membakut menjalankan ujian setara II bagi pelajar-pelajar tingkatan 1-5. sepanjang minggu ini, aktiviti kokurikulum tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. diharap semua pelajar akan memperolehi keputusan yang cemerlang bagi ujian tersebut.GOOD LUCK...

PELANCARAN LAMAN BLOG SMK ST. PATRICK MEMBAKUT

Secara tidak rasminya laman blog smk st. patrick membakut dilancarkan pada 13 julai 2009. laman blog yang ceria, menarik dan penuh berinformasi ini direka khusus untuk menarik minat pelajar membudayakan ICT dalam pembelajaran mereka. idea blog ini terhasil berikutan kesukaran mendapatkan sebarang maklumat mengenai sekolah SMKSP dari internet sebelum ini.

pendaftaran smkspm online

Nama:
Didaftarkan sebagai:
Tingkatan (pelajar)
Alamat Emel (jika ada):

form mail